Assalamualaikum dan salam ceria,
Jika anda terlepas berita atau belum tahu, saya ada berita baik dan mengemparkan untuk anda.
Mentor Jutawan #1 Malaysia, Azizi Ali, telah menganjurkan seminar Pelaburan 2013 pada hari Sabtu 6hb Julai 2013. Ini adalah kali pertama seminar ini diadakan. Namun tidak terlambat untuk anda menjadi di antara orang yang pertama untuk mengetahui rahsia menjadi pelabur yang berjaya pada tahun 2013.
Berikut adalah antara topik menarik yang beliau dikongsikan:
Saham di Bursa Malaysia sedang melonjak naik. Apakah situasi ini akan kekal sepanjang tahun 2013? Adakah ianya sudah terlambat untuk anda turut sama menjana wang di sini? Apakah risiko yang perlu anda tahu apabila melabur dalam saham?
Terdapat lebih 500 dana unit amanah di Malaysia. Sudah tentunya tidak semua akan menjadi pelaburan idaman. Dana yang mana satukah yang patut menjadi pilihan anda? Dana manakah yang patut anda elak?
Harga hartanah di Malaysia juga sedang melonjak. Adakah ianya terlalu tinggi atau masih ada peluang untuk anda menjana wang di sini? Di manakah lokasi-lokasi pilihan? Apakah faktor-faktor kritikal yang patut anda tahu tentang pinjaman perumahan?
Harga emas dan perak pula menjunam turun sejak beberapa minggu lepas. Patutkah anda menjual emas anda? Patutkah anda mengelak daripada melabur di dalam logam ini? Dan emas dalam bentuk manakah yang patut anda pilih? Anda perlu tahu semua ini kerana sekiranya tersalah pilih, anda akan menanggung kerugian yang amat besar!
Apakah prospek dalam pelaburan-pelaburan alternatif? Bolehkah anda menjana wang daripadanya? Bagaimana anda boleh mengenal pasti yang baik daripada yang buruk?
Semua soalan ini terjawab dalam seminar Pelaburan 2013 .
Salam hormat.

No comments:
Post a Comment